Wednesday 8 August 2012

Dasar Luar Malaysia

EVOLUSI DASAR LUAR MALAYSIA MENGIKUT PERSONALITI PERDANA MENTERI


Dasar luar negara tidak statik. Secara asasnya, pembentukannya ialah proses yang dinamik. Oleh itu, dalam beberapa tahun ini, dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah. Tambahan pula, kemunculan globalisasi dan transformasi dalam hubungan antara negara yang disebabkan oleh teknologi maklumat yang baru dan berubah pantas, semestinya bermaksud dasar luar negara kita perlu diubah dan diperhalus untuk menghadapi cabaran baru dalam dunia globalisasi.

Gaya dan pendekatan dalam mengumumkan dasar luar negara Malaysia mungkin berbeza mengikut personaliti setiap Perdana Mentari Malaysia yang dahulu dan sekarang. Satu kajian penting terhadap dasar luar negara Malaysia sejak 1957 menunjukkan perkembangannya yang stabil mempunyai ciri perubahan ketara mengikut perubahan dalam pengawasan politik Malaysia. Ia boleh diringkaskan seperti berikut:


- Era Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj ( 1957–1969 )


Dalam tempoh 1957–1969, negara kita baru memperoleh kemerdekaan. Sepanjang tempoh pramerdeka ini, di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, dasar luar negara kita didorong ke arah kelangsungan hidup negara yang baru merdeka. Dasar luar negara kita pada waktu itu ternyata bersifat anti-Komunis dan pro-Barat dengan hubungan yang rapat dengan Komanwel. Kita juga menentang kuat aparteid. Pendirian kita tentang kerjasama serantau juga mula bertapak dengan kemunculan ASA (1960), MAPHILINDO (1963) dan ASEAN (1967).
PM pertama Tunku Abdul Rahman Putra secara jelas membawa pendirian negara yang baru merdeka condong ke arah  Blok Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.  Sikap condong kepada Barat semakin jelas apabila PM Tunku menerima kunjungan Persiden Amerika Syarikat LB Johnson sewaktu Perang Amerika-Vietnam.  Benar juga sejarah hidup dan pendidikan Tunku banyak di Britain menyebabkan pemikiran beliau yang pro-Barat.

Kembali kepada matlamat Dasar Luar untuk menjaga kepentingan negara, tindakan PM waktu itu adalah untuk melindungi negara daripada ancaman komunisme yang menjadi musuh negara.  Perlu diingat bahawa sewktu negara merdeka tahun 1957, merupakan zaman kemuncak Perang Dingin antara Amerika Syarikat (demokrasi-liberal) terhadap Kesatuan Soviet-China (komunisme).


Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memeperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan alam sekitar. Ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.

Bagi meneykat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.

Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutamanya selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.

Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru

No comments:

Post a Comment